Saturday 29 January 2011

Seronok baca entry komik oleh Zack Zukhairi

Entry komik Zack Zukhairi buat aku senyum sorang-sorang tengah -tengah malam ni, kelakar dan kekadang ada pengajaran disebaliknya yang tersurat dan yang tersirat yang di sampaikan oleh Zack secara tak langsung.
Kisah bulan puasa

Pameran pengantin datang lagi --- siap ada contest lagi

Nak masuk contest tersebut sila klik di sini
Dia datang lagi
Pameran Pengantin Malaysia 2011 (17th Edition)
Shah Alam Convention Centre (SACC Convex Shah Alam)
11 - 13 Feb 2011
NEXT
Pameran Pengantin Malaysia 2011 (18th Edition)
Legar Putra, PWTC, Kuala Lumpur
1 - 3 April 2011

Friday 28 January 2011

Hari bulan sampai 37hb...

Geram tul lah aku hari ni.... company aku ni kalau haribulan tu ada sampai 37haribulan maka hari yang terakhir tu lah kami semua ni dapat gaji... Polisi baru konon, adakah ker mereka buat undang-undang/polisi di mana gaji akan diterima pada hari terakhir berkerja pada setiap bulan. Tulah pasal aku kata company ni kalau haribulan tu sampai 37hb maka, hari terakhir tu lah kami dapat gaji.
Tak fikir ker org nak guna untuk buat persiapan raya... Tahun Baru Cina lah... jgn salah sangka ya kekawan. Dah plan baaaiikkk punya dis weekend ni, so kena cancel jer... Rasa x best lah nak guna duit dia kan! Guna duit sendiri lagi rasa puas bershopping, tak gitu kekawan, siapa setuju angkat tangan... hahahha akan ada yg setuju dengan saya. Chumell anda semua. Kalau marah cam dalam gambar ni lagi comel hahhha...

Nak keluarkan duit simpanan terasa sayang... so tunggu jer lah hari isnin dan weekend ni dok diam-diam kat umah melainkan en. tunang ajak keluar.. yeah yeah suka... ok dah x marah dah.. tapi akan berlaku ker perkara itu hari esok..tunggu jugka lah ya..

Thursday 27 January 2011

Ini Perempuan Jujur ---> Nawal sewakan baju???

Teruja sangat bila terbaca entry Nawal yang dia akan sewakan baju nikah dan reception untuk dia untuk sewaan. Aku try ler send email kat Nawal sementara sekarang ni dia di KL, kalau ok boleh lah buat jemujanji untuk fitting baju tu. Cantik baju dia, suka sangat tengok !!! Untuk orang yang budget ciput macam saya ni...rasanya sewa adalah jalan terbaik kan! setuju tak kekawan :) kalau setuju angkat tangan.
Dresses by Unaisah Azlan to rent!
Nikah
One piece dress , jasmine silk lining withtrain at the back.
Inclusive of hood (veil) and scarf
Chest (36 B), waist 27, hips 39 (agak agak je)
Baju Melayu Johor Lama
Size : L - XLInclusive of BLACK sampin

Reception

One piece dress with drapings
chest (36 B), waist 27, hips 39 (agak agak je)
Lelaki

Black jacket with vest
Size : L - XL

Credit to : Nawal

Wednesday 26 January 2011

Kebintang atau kebulan

Tidak tahu harus kemana, kalau diikutkan hati mahu saja pergi jauh-jauh membawa diri dari kesibukkan ibukota metropolitan ini.... tapi mahu kemana ya? ke bintang ke bulan, ke laut atau ke dalam hutan.... ??? ini ayat poyo... jgn layan ya !

Laa sebenarnya tengoh dok cari-cari destinasi yang sesuai utk pergi honeymoon... sesuai dengan budget dan masa. Budget coz duit dah byk habis masa kawin, masa plak boss dah tak bagi cuti lama-lama coz cuti kawin dah ambik cuti panjang... eleh boss ni cam lah dia tak kawin lagi... entah-entah dia dulu2 cuti sebulan kot... Ikut kan hati aku mahu ke Paris tapi ikutkan poket hanya mampu ke Parit. Tapi kalau ikutkan En.Tunang dia mahu ke UK hahahaha Ulu Klang ajer lah, jangan salah sangka ya. Ulu Klang tu tempat aku kerja so dia nak ke sana untuk antar dan ambik aku dari tempat kerja jer...hihhhh x romantik langsung lah... dia memang cam tu (jawab kakaknya....)
Tioman --- aku jatuh cinta

nuffnang ---- baru nak bermula

Hehehehe malu nak tunjuk kat korang semu... tapi itulah yang saya dapat. Baru nak bermula dan baru nak berjinak2 dengan nuffnang ni... Harap2 akan membuahkan hasil untuk saya.

Friday 21 January 2011

Pencarian baju bertandang

Misi pencarian baju untuk belum majlis bertandang masih belum berakhir. Bermula dari sini Surya Indah dan di sini Nelly Za. Semuanya cantik tapi masih mencari yang murah hehhehe nak budget coz duit dah banyak melayang... Misi akan diteruskan lagi esok hari ---- tunggu!

Tips: 3 bulan sebelum naik pelamin

Aihkss ... di hari itu semua mata dan lensa kamera akan tertumpu kepada kita ya kekawan, so disini ada sedikit tips untuk di kongsi bersama ya.

3 bulan lagi
Mulakan diet sihat dengan melebihkan pengambilan buah-buahan. Dan jika ingin tubuh lebih slim supaya muat cantik dalam gaun pengantin nanti, mula menggunakan perawatan melansing dari sekarang.

2 Bulan lagi
Siapkan "kit kecemasan". Ada sesetengah pengantin, apabila majlis sanding hampir tiba, masa inilah wajah naik ruam atau kulit jadi gatal-gatal akibat stress. Setiap hari sementara menunggu hari bahagia, pastikan kita bersihkan muka dengan betul dan jangan mencuba sebarang product kecantikan dengan membuta buli, atas alasan kawan rekemen. Nanti yang jahaman muka kita jugak kan!

1 Bulan lagi
Inilah masa untuk kita minta jurusolek yang kita tempah untuk buat demo kat muka kita. Bayar lebih skitlah kalau nak cantik di hari sanding tu nanti. Bagitau dia apa warna baju kita, dan jika boleh tunjukkan gambar gaya rambut, gaya tudung dan solekan yang kita nak. Kalau boleh tak payahlah kita gatak-gatal tangan nak make up sendiri, serahkan saja pada yang pakar, lagipun mereka siap ada jampi serapah ehehhehe "jampi sari" lah sebelum mula menata rias wajah kita... mak ai ayat skemanyer.... hehehehe

2 Minggu lagi
Kalau terasa nak potong atau warnakan rambut, baik buat sekarang ya kekawan. Kalau tak kena gaya atau warna, masih sempat lagi nak betulkan. Tapi jika kekawan bercadang nak buat sanggul tinggi, tak perlu lah potong rambut ya. Bersanggul nampak lebih cantik dan mudah didandan jika rambut cukup panjang. Kalau yang bertudung pun perlu sanggul jugak kan! Sekarang jadi trend bertudung dengan sanggul tinggi.
Seminggu lagi
Hmmmm sesuai jika sesiapa nak buat sambungan pada bulu mata. Ia nampak lebih natural dan boleh elakkan comot pada solekkan di mata, jika tidak teliti ketika bersolek. Atau ketika ini pun sesuai untuk pergi waxing. Kulit akan jadi licin dan lembut tanpa ruam selepas satu minggu.

2 Hari lagi
Masa untuk pantis kening yang serabut tu, tapi selalunya jurusolek pengantin lebih suka jika mereka saja yang bentukkan kening kitakan. Hmmm biar jer lah mereka yang buatkan. Nanti lain plak jadinya muka kita ni kan...

1 Hari lagi
Siap-siapkan pakaian untuk berbulan madu atau pulang ke rumah mertua (hahahah ayat xtahan nak gelak) belum apa-apa lagi dah fikir nak gi bulan madu. Yang ni lawak jer.... coz hari ni kita dah memang buzy giler kan.... itu ini semua nak fikir. Releks..... dan buat satu-satu. Kebanyakkan kerja ada orang yang akan tolong kita kan. Kita cuma perlu bagitahu itu dan ini jer, yang paling penting kita kena jaga kesihatan kita.

Dan ditiba lah saat itu.....
Sediakan ruang untuk diri kita bersiap, jangan ambil pusing hal benda lain. Seeloknya gantung baju pengantin berdekatan dengan jurusolek supaya mudah untuk sepadankan dengan warna baju. Minta pengapit perhatikan jika ada apa-apa yang tak kena pada baju, solekan dan dandanan bila kita sudah bersiap...

Dan akhirnya...
Melangkahlah dengan "Bismilah", yakin dan jangan lupa senyum selalu...

Thursday 20 January 2011

Butik Pengantin Di Temerloh

Mungkin ada bakal-bakal pengantin yang tercari-cari butik pengantin di sekitar Bandar Temerloh, Pahang. Di sini ada beberapa butik pengantin untuk rujukan kekawan yang bakal menjadi pengantin baru seperti kami.
D' Farhana ( Galeri Perkahwinan)
No. 24 Jalan Sudirman 5,
En. Nizam : 012 - 9010496
Pn. Hjh Su : 017 - 9095445
C-kin Anggun Collection
No. 19 Tingkat 1 & 2
Jalan Pak Sako
Kak Idah : 019 - 9320162/019 - 9116410
Kak Lah : 013 - 9354512
Koleksi Imah
Bandar Baru Temerloh,
No. 18 Tingkat 1, Jalan Pak Sako 1
Kak Imah @ Pn. Rubiah : 019 - 9470869/012 - 9450274
Fareen @ Along : 017 - 9188065

Dapat hadiah kahwin

Hahahhaha... kami tak kawin lagi, tapi kami dah dapat hadiah kawin. Happy sangat, senyum sampai ke telinga coz sangat tak sangka begitu awal kami dapat hadiah kawin. Siap pos bagai si mamat tu. Yang lagi best nyer si baik hati tu adalah seorang mamat cina berkerja di salah sebuah kedai kasut kat Mid Valley. Tunang aku ni memang selalu beli kasut kat kedai tu, dah jadi member dah. Tapi memang x sangka lah dia beleh kasi hadiah awal cam ni skali.
Thanks LiewKa Choon

Tuesday 18 January 2011

Kepala pusing hidung ketat

Adui yai...masa gini lah nak demam lah nak selesema lah... oh sungguh tak selesa. Jangan lah melarat demam ni. Dah kerja ada banyak lagi yang x siap tak office tu, rasa cam x baik jer nak MC kan, nanti bos kata ambik kesempatan plak nak cuti panjang coz khamis cuti, ni tengah buat plan nak merayap ke Masjid Jamek heheehhe, hunter for wedding staff. Selagi lom kahwin ada jer benda yang rasa x cukup, kalau x beli pun gi survey jer pun dah rasa puas hati dah..heheheehe... cam ni orang perempuan kan... :)

Wednesday 12 January 2011

Terpaksa pakai gigi besi

x boleh cabut...nak cabut kosnya mahal, terpaksa lah pakai. Mak aku risau nanti gambar kawin x cantik. Habis tu nak wat mcm mana, dia pun x cabut gak. Hmmm 29 Jan 2011 ni ada appointment ketatkan... Adui yai.... sakitnya. X boleh makan makanan sedap2 lagi nampak nya.

Kami pasangan braces ---- tunggukan entry ini, ada tips pemakaian braces.

Pameran Pengantin...basi sudah

Sekitar Pameran Pengantin yang telah berlangsung di Ampang Point pada 7 - 9 Jan 2011. Kepada b2b disarankan supaya berkunjung ke pameran pangantin dilain lokasi sekiranya akan bercadang ingin menglangsungkan perkahwinan. Kerana disini mereka menawarkan harga yang lebih rendah berbanding dengan harga biasa. Terdapat juga promosi-promosi yang dibuat oleh vendors. Tidak rugi kiranya anda meluangkan sedikit masa untuk menjengah ke pameran tersebut, banyak faedah yang kita akan dapat disamping dapat menjimatkan wang perbelanjaan untuk majlis perkahwinan itu nanti...(ayat skema kan...)

Beberapa gambar yang sempat di snap semasa pameran tersebut.

Tuesday 11 January 2011

Hantaran siap (pink + pulpe)

Hantaran! Siap sudah... tapi lupa nak snap pic. Hmmmmm tak apalah kan. nanti tak surprice plak kan kalau semua dah tahu i punya hantaran cam ner rupa nya... so untuk hantaran ni, tunggu ya entry lepas kawin k.

Monday 10 January 2011

Hari yang sungguh memenatkan

Penat sungguh ini hari....hari yang penuh dengan aktiviti yang pelbagai bermula dari pagi. Aku bercuti hari ni blk kampung nak settlekan semua borang-borang nikah tu. Bermula dari pukul 9 pagi pergi rumah Tok Empat (Penghulu kampung) nak minta tandatangan borang nikah, dia plak dah keluar, try pergi rumah tok kadi, tok kadi dah keluar juga. Tunggu sampai tengahari, sementara tu kemas bilik pengantin, mak ai angkut itu, kemas ini, buang itu, pasang ini, banyak lah hal nya. Nak membebel kat sini mesti panjang plak nanti.

Dah siap kemas-kemas semua, aku suruh anak buah aku pergi tengok tok kadi, dah ada kat rumah ke lom...nasib baik dia dah balik rumah. Tok empat pun dah ada kat rumah. Siap-siap bawa emak pergi sama, coz aku segan lah nak pergi sorang-sorang, nampak sangat cam nak kawin heheheheh (lempang laju-laju kang). Siap semua dah kul 3.30 petang. Aku bergegas bersiap nak pergi hantar borang tu ke Pejabat Agama Daerah Maran plak dan terus balik KL. Kat pejabat ni ada banyak hal plak... Halnya bagi sesiapa yang walinya selain dari ayah sendiri, akan jadi panjang skit prosedur nya... cam aku ni, abang aku yang jadi wali so panjang lah cerita nya.

So ni ada sedikit panduan ya.

1. Lengkapkan borang bakal pengantin lelaki dan kepil bersama borang pengantin perempuan.

2. Sesiapa b2b yang bernikah di dalam negeri Pahang, ambik borang HIV test yang disediakan oleh Pejabat agama daerah masing-masing.

3. Bagi yang berwalikan abang atau selain dari ayah, sila bawa bersama sijil kematian ayah (Salinan dan asal) dan sijil kematian datuk atau untuk lebih terperinci boleh bertanya di kaunter/telefon di pejabat agama daerah masing-masing.

4. Semasa menghantar borang sila bawa bersama wali (abang) dan 2 orang saksi yang kenal kedua-dua arwah ayah dan arwah datuk. (jika semua borang telah lengkap semasa menghantar, jika b2b tidak dapat hadir b2b boleh wakilkan kepada wali untuk menghantar borang tersebut).

Dah siap semua mendengar penerangan dari kerani pejabat agama tu, aku patah balik ke rumah aku. Bagi borang tu pada abang aku, supaya dia yang dihantar ke pejabat agama tu bersama 2 orang saksi. Aku kena buat cam ni coz aku tak ada salinan sijil kematian arwah datuk... ini lah al kisahnya. Tamat sudah cerita untuk hari ini. Tapi alhamdulilah lah settle sudah.....

Friday 7 January 2011

Upah nikah

Dalam membuat persiapan dan aturcara di hari pernikahan dan perkahwianan teringat satu hal yang tidak diberapa dititikberatkan oleh bakal-bakal pengantin iaitu duit upah nikah. Kekadang tu ada yang lupa nak sediakan duit tersebut.Berapa kadar duit upah nikah biasanya adalah mengikut negeri (x pasti lah).
Duit ini diserahkan kepada tok kadi dan tok kadi akan bahagikan kepada saksi-saksi selepas selesai acara akad nikah. Seeoloknya ia diletakkan di dalam sampul surat dan diberikan oleh pihak pengantin lelaki. Untuk lebih elok lagi duit tersebut dipegang oleh pengapit pengantin lelaki. Al maklumlah pengantin lelaki dah berdebar-debar nak akah nikah nanti terlupa pula nak serah duit tersebut.
Lagipun tak ada cara tertentu bagaimana duit itu diserahkan, lepas jer baca doa dan masa nak bersalamam dengan tok kadi boleh lah serahkan cakap terima kasih dan selitkan sekali sampul tu dalam salam tok kadi. Biasanya tok kadi dah faham dah....rasanya tak perlu la nak cakap, "Pakcik, ni duit upah". Kita sama2 kita faham udah ler.

Warna-warna Cinta

Dalam majlis pertunangan, hantaran antara perkara yang amat dititikberatkan. Hantaran yang meranrik dapat dihasilkan dengan pemilihan kombinasi warna yang hebat. Bagi emastikan hantaran anda mempunyai ciri-ciri yang mampu memukau pandangan para tetamu, berani bermain dengan warna mungkin boleh mendatangkan hasil yang menakjubkan. Begitu juga dengan pemilihan ataupun kombinasi warna-warna bunga yang jarang digunakan. Yang perlu anda tahu, pemilihan ataupun kombinasi warna bunga yang tepat akan mendatangkan mood yang berbeza-beza.

KOMBINASI 3 WARNA
Jika b2b seseorang yang suka mencuba sesuatu yang baru, b2b mungkin boleh menggabungkan tiga warna sekali gus dalam satu masa, tidak kira sama ada b2b menggunakan bunga-bunga segar ataupun bunga artifical. Penggunaan warna warna-warna kedua seperti kuning cair, kuning pekat, dan hijau pasti menimbulkan kesan yang menawan. Penggunaan tiga warna bunga itu akan tambah menawan jika b2b menggabungkan satu warna untuk alas hantaran.
KOMBINASI 2 WARNA
Pemilihan warna amat penting untuk dititikberatkan dalam mendekorasikan hantaran. Bagi b2b yang kurang gemarkan mainan warna yang pelbagai, b2b boleh mengabungkan 2 warna sahaja. Kombinasi 2 warna bunga hidup masih lagi menawan dan kelihatan eksklusif, jika pemilihan warna yang digunakan tepat. Penggunaan warga ungu pekat dab ungu cair akan memberikan kesan mewah kepada dekorasi hantaran para b2b sekali.

MC + Ubat + ING card

Cerita diriku + MC + ubat + ING Card.... fuhhhh masih baik ada ING kad. Dapat pergi klinik pun dapat free kalau tak mahu kena bayar RM34.00 jugak. Dari semalam petang lagi rasa tak sihat coz masa pergi kerja kena hujan. Tapi digagahi jua, hari ni memang tak larat sangat, so MC je lah.

Thursday 6 January 2011

Undangan Majlis Perkahwianan

Walimatul Urus.........
Dengan penuh kesyukuran ke hadrat iIahi sudilah kiranya mempersilakam sekali hadir untuk menyerikan majlis kami. (giler skema ayat, kena sopan skit, coz nak menjemputkan)

Details Majlis:
Date: 12 Feb 2011 - Sabtu
Time : 12.00pm - 5.00 pm
Venue: Felcra Sri Makmur, Maran. Pahang
P/s: Kalau nak kad, sila tinggalkan alamat ok...

Kad Kahwin

Yang ditunggu selama ini telah selamat sampai ke tangan kami... yeah yeah suka sangat. Kad kawin kami telah siap, yang belum siap lagi adalah belum lipat dah belum hantar. Aku buat dah last minute dah, nasib baik member office aku (Darmizal) ni tukang printing kad kawin. So aku tempah dengan dia jer lah ...Fuhhhh lega rasa. Sangat senang kerja dengannya, aku bawa beberapa design aku suka dan rasa menarik...dia designkan, tunjuk kat aku, aku betulkan sana -sini skit, confirmkan last design... print, bayar and siap... so easy kerja dengan dia. Kepada sesiapa yang berminat klik di sini klustudio. Atau boleh call En. Mizal di 017-2810443.

i like it.... pink gitu

Wednesday 5 January 2011

Sambung entry anniversary

.................... sambungan cerita anniversary kami. Kami raikan dengan tengok wayang jer, coz masing-masing busy dengan kerja. Awal tahun ni macam-macam yang nak kena plan. Tapi alhamdulilah lah semuanya berjalan lancar. Kami just tengok cerita 'The tourist". Aku bagi 4 bintang tuk citer ni, coz aku memang minat kat Angelina Jolie. Shape badan dia perghhh mantop beb !!! hehehehehe. So layan jer lah.......

Tuesday 4 January 2011

Giveaway --- > handbouquet free!

Giveaway..to B2B

Belum pernah sertai mana-mana contest pun sebelum ini, ingin mencuba dan ingin menang. Kerana sebelum ini saya hanya menjadi "silent reader" jer.
Dan saya adalah salah seorang yang mengikut blog cik Liyana MK.
Sesiapa berminat macam saya klik di sini & di sini GADISDANBUNGE
Hasilnya

Tang

Tang

Tang
*
*
*
Ini Entry saya

1) Keistimewaan cinta kami beserta gambar terbaik kami
Keistimewaan cinta kami adalah kerana percintaan kami dari mata turun ke hati, dengan perkenalan yang singkat, kami mengatur janji bercinta , bertunang dan insyaallah akan berkahwin pada tanggal 12.02.2011. Dan lebih istimewa lagi hari ini adalah first anniversary kami.
Istimewanya gambar ini adalah kami pasangan braces kerana kami berdua terpaksa memakai braces hingga ke atas pelamin nanti.

2) Warna yang disukai - Pink
3) Tema colour - Pink/Puple

4) Kenapa anda ingin mendapatkannya

~ Saya memang suka bunga, dan bercita-cita untuk buka kedai bunga suatu hari nanti.
~ FREE! siapa tak mau ma...but kena usaha masuk contest ni kan.... i like it...
~ Cantik! bila ditangan ia nampak lebih menarik, jika menggunakan bunga segar kan !

~ Dapat kurangkan budget...heheheh suka :)

5) Tarikh untuk deliver hadiah Sehari sebelum

~ 11 Febuary 2011 ~

6) Tag 3 orang blogger b2b yang jelita

~ Kina ~

~ Dyn ~

~ Qaseh ~

Semoga Berjaya..Chayo! Chayo!
and...

First anniversary

04-o1-2011 adalah first anniversary kami. Mengimbau semula kenangan lama memang kelakar. Pada ketika ini setahun yang lepas dia call aku selama beberapa jam untuk buat date. Rasanya kalau tak silap hampir kul 3 pagi kot baru kami berhenti. Esok paginya mula lah liat nak bangun pagi untuk date coz semua dah mengantuk. Dan masing-masing terlajak tido dan buat time baru untuk keluar date, So kami keluar pukul 3petang lah. Mujur lah dia tinggal tak jauh pun. Hanya di Cheras, aku plak Ampang. Ini adalah first time kami berjumpa, jatuh cinta dan bercinta. Memang kelakar. Ada ker cam tu ek...tak romantik langsung, memang pun. Kami ni bukan lah pasangan romantik pun. Pavilion adalah tempat first date kitaorang... Kenapa aku boleh tersangkut pada dia, tunggu entry seterusnya ya...

Monday 3 January 2011

Wedding Plans

Apabila memikirkan persiapan perkahwinan ramai yang merasakan ia amat memenatkan dan kadangkala membuatkan kita menangguhkan perkahwinan kerana tiada perancangan awal. Mengatur dan merancang bukanlah sesuatu yang remeh tetapi memerlukan kesabaran yang tinggi kedua-dua belah pihak. Bagi saya yang tinggal lagi 1 bulan 1 minggu 2 hari, jika tiada perancangan mau pening jugak di buatnya.
Senarai semak untuk B2B:
1 - 2 BULAN
~ Sahkan kehadiran/tempat tinggal tetamu da saudara yang jauh.
~ Jadualkan temujanji dengan juruandam.
~ Semak secara terperincin dengan pihak pengurusan catering.
~ Tentukan jumlah tetamu yang hadir dan pelan tempat duduk jika buat di hotel.
~ Lakukan pemeriksaan terakhir dgn jurugambar, pembuat kek dan vendor-vendor yang lain.
Lain-lain akan di update kemudian....

Idea murah tapi menawan

Kekadang kita tak perlukan bajet yang besar untuk dapatkan impak maksima di hari perkahwinan kita. Disini ada beberapa idea yang boleh dikongsi bersama untuk mencipta detik indah dalam majlis kita.
1. Jadi perancang perkahwinan sendiri dengan mengumpul idea, visual, inspirasi dan contacts untuk tujuan rujukan.

2. Check out blog perkahwinan seperti ini, ini, ini dan ini untuk mendapatkan idea atau untuk projek DIY.

3. Jika kita ingin penampilan vintaj, lihat saja di kedai jualan murah atau ebay untuk mencari item dengan harga yang murah.

4. Tanya teman-teman yang boleh membantu kita untuk mendapatkan barangan dengan harga diskaun untuk hari persandingan kita nanti.

5. Mula kumpul bekas jem kerana ia boleh menjadikan pasu bunga yang cantik, juga sesuai dijadikan bekas lilin yang boleh di gantung pada ranting pokok jika b2b ingin buat majlis nikah di malam hari di kawasan luar atau di kawasan taman.
6. Cari lokasi yang berlainan sepeti dewan atau studia foto yang luas untuk b2b sewa dan jadikan ai sebagai milik kita sehari pada hari perkahwinan.
7. Beri tetamu hadiah lebih bermakna seperti buku nota penuh dengan resepi atau CD dengan lagu-lagu romantik yang disukai ramai.
8. Padankan busana pengantin hebat dengan aksesori vintaj sedia ada atau dari koleksi peribadi teman-teman yang dipinjam. Ini dapat menjimatkan duit.

9. Jika b2b kenal dengan siapa yang ada kereta ynag gempak, tanyalah mereka (dengan baik) jika b2b boleh menimjam untuk majlis perkahwinan tersebut.

10. Untuk nampak lebil chic, dengan cara yang lebih murah, beli kasut kahwin yang kamu akan pakai semula. Jangan membazir beli yang bling-bling akhir duduk dalam kotak jer, kan membazir tu namanya.
11. Letak kad kosong dengan initial nama b2b dan nama dia di depan. Sediakan pen berwarna untuk setiap meja agar tetamu boleh menulis mesej menarik untuk pengantin. Ikat kesemuanya dijadikan scrapbook yang menarik.

12. Gunakan lokasi percuma dengan "meminjam" laman rumah jiran untuj dijadikan tempat parking.

13. Hias kek yang dibeli dengan menggunakan reben atau mutiara. Tambah dengan fresh flower di atasnya yang agak serupa dengan jambangan bunga tangan agar ia sepadan.

14. Ikatkan reben pada napkin meja sebagai alternatif napkin ring, atau b2b boleh guna tali yang diletakkan bunga, ia jugak nampak menarik.
15. Gantung Backdrop agar tetamu boleh mengambil gambar kenang-kenangan di situ.
16. Bingkaikan sweet messages atau quotes yang kena dengan tema perkahwinan.

17. Pakai corsage tangan daripada memegang jambangan bunga. Idea baru!

18. Jangan paksa pengapit pakai busana yang mahal. Beritahunya mengenai warna serta tema majlis perkahwinan kita, dan biar dia buat sendiri pilihan dress yang ingin dipakai. 19. Sertai kelas menyusun bunga untuk b2b mengikat sendiri jambangan bunga tangan dihari bahagia itu nanti atau dengan menonton ti youtube.20. Selamat mencuba untuk idea-idea yang anda fikirkan sesuai dengan tema dan citarasa anda.