Monday, 10 January 2011

Hari yang sungguh memenatkan

Penat sungguh ini hari....hari yang penuh dengan aktiviti yang pelbagai bermula dari pagi. Aku bercuti hari ni blk kampung nak settlekan semua borang-borang nikah tu. Bermula dari pukul 9 pagi pergi rumah Tok Empat (Penghulu kampung) nak minta tandatangan borang nikah, dia plak dah keluar, try pergi rumah tok kadi, tok kadi dah keluar juga. Tunggu sampai tengahari, sementara tu kemas bilik pengantin, mak ai angkut itu, kemas ini, buang itu, pasang ini, banyak lah hal nya. Nak membebel kat sini mesti panjang plak nanti.

Dah siap kemas-kemas semua, aku suruh anak buah aku pergi tengok tok kadi, dah ada kat rumah ke lom...nasib baik dia dah balik rumah. Tok empat pun dah ada kat rumah. Siap-siap bawa emak pergi sama, coz aku segan lah nak pergi sorang-sorang, nampak sangat cam nak kawin heheheheh (lempang laju-laju kang). Siap semua dah kul 3.30 petang. Aku bergegas bersiap nak pergi hantar borang tu ke Pejabat Agama Daerah Maran plak dan terus balik KL. Kat pejabat ni ada banyak hal plak... Halnya bagi sesiapa yang walinya selain dari ayah sendiri, akan jadi panjang skit prosedur nya... cam aku ni, abang aku yang jadi wali so panjang lah cerita nya.

So ni ada sedikit panduan ya.

1. Lengkapkan borang bakal pengantin lelaki dan kepil bersama borang pengantin perempuan.

2. Sesiapa b2b yang bernikah di dalam negeri Pahang, ambik borang HIV test yang disediakan oleh Pejabat agama daerah masing-masing.

3. Bagi yang berwalikan abang atau selain dari ayah, sila bawa bersama sijil kematian ayah (Salinan dan asal) dan sijil kematian datuk atau untuk lebih terperinci boleh bertanya di kaunter/telefon di pejabat agama daerah masing-masing.

4. Semasa menghantar borang sila bawa bersama wali (abang) dan 2 orang saksi yang kenal kedua-dua arwah ayah dan arwah datuk. (jika semua borang telah lengkap semasa menghantar, jika b2b tidak dapat hadir b2b boleh wakilkan kepada wali untuk menghantar borang tersebut).

Dah siap semua mendengar penerangan dari kerani pejabat agama tu, aku patah balik ke rumah aku. Bagi borang tu pada abang aku, supaya dia yang dihantar ke pejabat agama tu bersama 2 orang saksi. Aku kena buat cam ni coz aku tak ada salinan sijil kematian arwah datuk... ini lah al kisahnya. Tamat sudah cerita untuk hari ini. Tapi alhamdulilah lah settle sudah.....

No comments: