Disebalik kemeriahan majlisku tersimpan memori-memori indah yang tak dapat dilupakan yang tersemat kemas di dalam lipatan kenangan...wah berkata manis plak.... Tetapi betul orang kata, bila ada majlis macam ni di sini kita akan berkumpul dan dapat berjumpa semula dengan saudara-mara yang dah lama tak jumpa dan juga dengan kenalan yang dah lama tak berhubung, hadir ke majlis kita. Juga rakan-rakan bloggers yang baru kenal.
Di sini juga kita dapat menilai keikhlasan atau kejujuran seseorang itu menolong di majlis kita. Di mana bila kita minta tolong, mula-mulanya memang boleh tolong but last minute ada jer alasan nya. Ala macam-macam lah kita akan jumpa dan dapat detect hati budi masing-masing bila kita memerlukan pertolongan dan jugak support dari mereka semua. Kekadang tu kita ni tak perlukan pertolongan dari segi wang ringgit mahupun kudrat mereka tapi just nak kan pandangan atau pendapat diaorang jer, itu pun susah nak bukak mulut untuk share bersama. Alasan mereka "nanti komplain banyak-banyak ko terasa plak" what ever lah. Malas nak layan coz banyak lagi perkara lain yang perlu difikirkan.
P/s: Kita jangan terlalu ambik pusing bila org mengata persiapan atau majlis kita itu ini. Janji kita puas hati kerana kita tak dapat nak pusakan hati semua pihak.
Di sini Lisa nak ucapan jutaan terima kasih pada seorang member kita yg memang banyak tolong Lisa untuk majlis Lisa ni. Memang tak terbalas pertolongan dia dari mula Lisa buat persiapan kawin hingga ke jadi pengapit di majlis Lisa. Pada majlis bertandang belah lelaki 20hb ni pun beliau diperlukan lagi...
Thanks Kak Liza :) muaaaccchhhh
No comments:
Post a Comment