Tuesday 22 March 2011

Skim Rumah Pertamaku

Hai & Salam semua,

Hari khamis lalu tertengok rancangan 'Soal Jawab' kat TV3, ia menarik perhatianku dan my husband untuk lebih memberi tumpuan pada rancangan tersebut. Ia berkaitan dengan Skim Rumah Pertamaku yang telah dilancarkan oleh PM kita baru-baru ni.

Skim ini adalah untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Ciri-ciri dan Faedah Utama

Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)
1. Pembiayaan sehingga 100%
2. Harta kediaman sahaja

Kriteria Kelayakan (Peminjam/Pelanggan Yang Layak)
1. Warganegara Malaysia
2. Pembeli rumah pertama
3. Individu berumur sehingga 35 tahun
4. Pendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan
5. Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan
6. Secara amnya, jumlah pembayaran balik tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan. Jumlah ini boleh meningkat sehingga 50% jika sekiranya terdapat faktor-faktor tambahan pengurangan kredit yang dibenarkan dibawah polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.

Harta Yang Layak
1. Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
2. Nilai minimum hartanah RM100,000
3. Nilai maksimum hartanah RM220,000
4. Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

Keperluan Pembiayaan
1. Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 30 tahun
2. Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
3. Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
4. Rekod simpanan (rizab kecairan untuk 3 bulan ansuran)
5. Insurans/takaful kebakaran diwajibkan

Permohonan
Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank-bank yang terlibat.

Jika ada pertanyaan sila rujuk di sini:

Skim Rumah Pertama ku

No comments: